Pencipta konsep Wikipedia Larry Sanger

Terdapatnya perdebatan tentang peranan Sanger dalam penciptaan Wikipedia serta setakat mana beliau telah diberikan penghargaan yang tepat untuk sumbangannya. Sanger telah mendakwa bahawa beliau adalah yang "memikirkan gagasan" untuk Wikipedia dan yang mengasaskannya bersama-sama dengan Wales, tetapi Wales mempertikaikan kenyataan itu.

Sebahagian daripada perbezaan dari segi pandangan mungkin terdiri daripada perbezaan antara istilah "sumber terbuka" dan "wiki" serta Nupedia lawan Wikipedia. Sanger mengaku bahawa Wales seorang sahaja yang memikirkan gagasan ensiklopedia untuk disumbang oleh orang-orang bukan pakar sewaktu mengasaskan Nupedia. Beliau berkata: "Supaya dapat gambaran yang jelas, gagasan untuk ensiklopedia kerjasama sumber terbuka yang dibukakan untuk sumbangan orang biasa merupakan gagasan Jimmy pada seluruhnya, bukan gagasan saya (tekanan daripada teks asal).

Bagaimanapun, Sanger mempertahankan bahawa beliau adalah orang yang mengemukakan konsep wiki kepada Wales, serta yang mencadangkan bahawa penggunaan untuk Nupedia. Menurut Sanger, Wales pada mulanya ragu-ragu tetapi bersetuju mencuba. (Wales telah mendakwa bahawa Jeremy Rosenfeld ialah orang yang pertama untuk mencadangkan gagasan wiki kepadanya). Sanger juga mempertahankan bahawa beliau adalah orang yang "mencipta nama "Wikipedia" yang merupakan nama yang mengarut untuk projek yang pada mulanya kelihatan mengarut."

(NOTA: Menurut undang-undang Malaysia, semua sumbangan yang dibuat oleh seseorang semasa menjalani tugasnya sebagai pekerja merupakan hak milik majikannya. Oleh sebab Sanger dibayar gaji untuk mengerjakan Wikipedia, beliau tidak boleh menuntut diri sebagai pengasas Wikipedia di sisi undang-undang Malaysia.)

Rujukan

WikiPedia: Larry Sanger http://www.prnewswire.com/cgi-bin/stories.pl?ACCT=... http://enlightenment.supersaturated.com/essays/tex... http://www.technologyreview.com/articles/05/01/iss... http://archive.is/20120711125414/http://news.com.c... http://www.digitaluniverse.net/participate/blog/ http://www.digitaluniverse.net/understand/foundati... http://web.archive.org/20060130222027/www.geocitie... http://web.archive.org/web/20001025181634/http://w... http://www.kuro5hin.org/story/2001/7/25/103136/121 http://www.kuro5hin.org/story/2001/9/24/43858/2479